Friday, 2 December 2016

Kepentingan Tidur

Tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh kita sahaja. Tidur yang kurang boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain. Sehingga sekarang fokus kesihatan selalunya adalah memastikan kita mendapatkan tidur yang cukup setiap malam. Ini kerana sebenarnya kualiti tidur yang cukup dapat membantu tubuh badan kita untuk kembali segar dari segi minda dan tubuh badan.


Jika tidur kita selalu tergangu, kita perlu mengambil tindakan untuk mengawal  penyebabnya. Jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada tubuh anda ke tahap di mana anda akan mengalami kesan mental, emosi dan fizikal yang negatif, sama seperti yang di alami oleh mereka yang murung tahap rendah.

Apa Yang dimaksudkan Dengan Tidur Berkualiti?

Tidur berkualiti adalah tidur yang mempunyai tempoh mencukupi dan tahap rehat yang membuat seseorang merasa segar di sepanjang hari. Jadi berapa lama kita patut tidur ? Jawapannya berbeza bagi setiap orang kerana keperluan masing-masing adalah berbeza. Sebenarnya hanya 21% daripada kita mendapat tidur lapan jam seperti yang disarankan, dan kira-kira 20% daripada kita tidak mendapat tidur melebihi 5 jam pada waktu malam.

Apa Yang Berlaku Sementara Kita Tidur?
  • Banyak proses yang berlaku semasa kita sedang tidur terutamanya organ-organ tubuh badan kita. Pada masa tidur, proses nyahtoksin sedang berlangsung di bahagian ahti, hempedu, dan paaru-paru. Ketika proses nyahtoksin berlaku di paru-paru, kita akan terasa ingin batuk yang agak kuat, jadi kita elakkan mengambil ubat batuk pada waktu ini kerana ia boleh menggangu proses nyahtoksin. Akhir sekali akan berlakunya proses nyahtoksin di usus besar. Ini anatara punca ramai sering ingin membuang air selepas bangun dari tidur.
  • Selain itu, pada waktu tidur juga berlakunya proses sum sum tulang menghasilkan darah.
Kesan Tidak Cukup Tidur
  1. Stress - Jika kita tidak cukup tidur, kita sukar untuk memberikan tumpuan pada kerja dan aktiviti seharian. Bila kita hilang fokus, kita akan mudah melakukan kesilapan, lebih kelam kabut dan tidak terurus.
  2. Sistem Imun Lemah - Kurang mendapat tidur yang secukupnya akan menjejaskan sistem imun badan dan menyebabka kita lebih mudah terkena jangkitan seperti selsema dan demam.
  3. Hati - Tidur terlalu lewat  boleh menjadi punca utama kerosakkan hati.
Kebaikan Tidur Awal
  1. Berat Badan Yang Seimbang - Tidur awal memungkinkan untuk kita bangun awal, Justeru pasti kita tidak akan terlepas untuk bersarapan dan kita juga dapat  menggelakkan makan lewat malam. Makan lewat malam tidak elok kerana  metabolisme badan berada pada kadar yang rendah pada waktu malam berikutan tubuh memikirkan malam sebagai waktu untuk berehat dan memulihara, bukan untuk "bekerja" dan membakar tenaga.
  2. Kurang Risiko Kanser - Amalan berkerja hingga lewat malam bermakna tubuh lebih terdedah kepada cahaya bukan sahaja siang tetapi hingga ke malam. Pendedahan kepada cahaya untuk tempoh yang lama akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin berperanan membantu pertumbuhan tumor kanser disamping menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, amalkan tidur tanpa membuka lampu agar tubuh boleh menghasilkan melatonin secukupnya.
  3. Menguatkan Daya Ingatan - Tidur yang berkualiti boleh menguatkan daya ingatan.Semasa tidur, Walaupun badan tidak bergerak atau berkerja, otak masih lagi menjalankan tugas memproses pengalaman dan pmbelajaran.
Secara keseluruhan, apa yang nak disampaikan sangat mudah, jika anda bangkit dari tidur di waktu pagi tetapi merasa letih, anda perlu memperbaiki pola tidur anda.

No comments:

Post a Comment