Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini.
Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia. Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia 50 tahun dan ke atas.
Risiko untuk mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda mengalami perkara berikut:
Siapakah yang Berisiko Menghidapi Kanser Usus?
Risiko untuk mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
- Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus; dan
- pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau Kolitis Crohn) lebih daripada 8 tahun.
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda mengalami perkara berikut:
- Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar;
- perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya, lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa;
- berasa tidak puas selepas membuang air besar;
- sakit perut;
- berat badan turun tanpa sebab yang nyata; dan
- terasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Mengurangkan Risiko Kanser Usus
- Makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan;
- mengekalkan berat badan yang sihat;
- selalu bersenam;
- tidak merokok; dan
- tidak minum minuman beralkohol.
No comments:
Post a Comment