Friday 31 March 2017

SELSEMA BURUNG

Penjelasan Tentang Ubat Batuk – En. Mark Cheong

Tatkala memasuki sesebuah farmasi sambil berjalan ke arah rak di mana tersusunnya ubat batuk dan terlihatlah pelbagai jenama ubat batuk, setiap satunya terpampang bukti kehebatan tersendiri pada botolnya. Terdapat juga ubat batuk yang amat dikenali, hasil daripada liputan meluas melalui pengiklanan di kaca televisyen. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk, hakikatnya kebanyakannya terdiri daripada bahan buatan yang sama. Persoalannya; apakah kandungan ubat batuk itu dan apakah fungsi mereka?

Guaifenesin adalah satu antara bahan-bahan yang kebiasaanya terdapat dalam ubat batuk. Kandungan Guaifenesin ini diketogerikan sebagai expectorant. Expectorant membantu membuang kahak dan rembesan-rembesan yang lain melalui saluran pernafasan, mengurangkan kerengsaan serta ketidakselesaan pada saluran pernafasan. Guaifenesin adalah selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ia tidak mengandungi signifikan terhadap preskripsi ubat-uabatn yang lain. Pesakit Kencing manis juga boleh mendapatkan formulasi gualifenesin yang bebas gula.

Terdapat beberapa jenis bahan lain yang wujud dalam kandungan ubat penahan batuk (atau dikenali sebagai Antitussive). Ini termasuklah 'codeine' (di mana ia agak sukar didapati melalui pembelian di kaunter pada amsa kini), pholcodeine dan dextromethorphan. Antitussive sering diambil sebagai ubat untuk batuk yang tidak produktif, namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini tidak membawa sebarag faedah. Oleh itu, Kebanyakan doktor mengakui tentang peranan ubat penahan batuk yang agak terhad, Sebaliknya menyarankan agar pesakit memperbanyakkan amalan minum air.




Codeinepholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana berpotensi memberikan kesan sampingan terhadap ubat-ubatan lain yang telah dibekalkan terdahulu. Antara kesan-kesan sampingannya ialah membawa kepada pelalian dan juga boleh mengakibatkan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ini kerana secara teori ia boleh membawa respiratory depression (istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana kadar pernafasan seseorang individu di bawah 12-nafas setiap minit atau bermakna kesukaran bernafas). Codeinepholcodeine dan dextromethorphan harus dielakkan oleh wanita hamil pada usia trimester ketiga kandungan.

Kebanyakkan campuran dan persediaan ubat batuk yang ada mengandungi anthistamin dan terdapat beberapa jenis anthistamin yang biasa digunakan adalah termasuk diphenhydramine, chlorpheniraminepromethazine dan triprolidine. Antihistamin dianggap dapat membantu, dengan mengeringkan rembesan dari saluran pernafasan, manakala kesan positif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik. Antara kesan-kesan sampingan anthistamin adalah seperti mulut kering, sembelit dan juga pelalian. Pengunaan anthistamin kepada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati, manakala untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah tidak digalakkan, melainkan jika terdapat kebenaran dari doktor.

Friday 10 March 2017

SENAMAN UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Persetubuhan Jantung Amerika mengenal pasti bahawa gaya hidup tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab penyakit jantung. Sebaliknya, mengambil langkah untuk meningkatkan aktiviti fizikal dikaitkan dengan :

Peningkatan peredaran darah -

Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang mambantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa sakit. Otot kaki yang telah menjadi segar akibat senaman menggalakkan peredaran darah kembali ke jantung dengan mengekalkan peningkatan kuasa pada urat.

 Peningkatan fungsi jantung - Tidak seperti otot lain, jantung sentiasa bekrja. Walaubagaimanapun senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan. Ia juga membantu paru-paru anda menyampaikan oksigen dengan lebih cekap untuk darah anda. Dengan jantung yang dapat megepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot anda dan seluryh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalakn tugasnya.

Pengurangan tekanan darah - Aktivit fizikal yang kerap dikaitkan  dengan kawalan jangka panjang tekanan darah yang lebih baik. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan aau mempunyai tekanan darah tinggi. Kesan senaman pada tekanan darah anda boleh menjadi lebih dramatik.

Penambahanbaikan tahap lemak darah - Jika anda membimbing tentang tahap kolestrol anda atau peningkatan trigiliserida, maka senaman adalah jawapannya. Senaman menyebabkan pengurangan trigliserida, yang merupakan zarah lemak kecil di dalam darah. ia juga boleh meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), atau kolestrol "baik", dan boleh mengurangkan jumlah liprotein berketumpatan rendah (LDL), atau kolestrol "jahat".

Peningkatan kesihatan saluran darah - Pengurangan tahap lemak darah mengurangkan pembentukan plak di dalam saluran darah (aterosklerosis) dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Tekanan darah yang berkurangan bermakna tekanan kurang pada lapisan dalam saluran darah - satu lapisan sel dipanggil endothelium dan mengurangkan haus dan lusuh yang sebaliknya boleh menggalakan pembentukan plak. Endothelium membebaskan bahan kima yang menyebabkan saluran darah dapat berehat atau menguncup. Bersenam diketahui dapat meningkatkan fungsi endhothelial.

Satu lagi faktor dalam kesihatan saluran darah adalah radang, yang boleh diukur dengan tahap sensitiviti protein C-reaktif tinggi (hs-CRP) dalam darah. Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa keradangan memainkan peranan yang penting dalam aterosklerosis dan hs-CRP adalah tanda keradangan. Aktiviti fizikal boleh mengurangkan hs-CRP.

Peningkatan penggunaan oksigen - Aktiviti fizikal yang kerap membantu sel anda mendapat oksigen dengan lebih mudah daripada darah anda, mengurangkan bebanan pada jantung dan meningkatkan keupayaan anda bersenam.

Memperbaiki pengawalan paras gula darah dan insulin - Iannya mengurangkan risiko diabetes jenis 2, yang berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan penyakit jantung.

Selain itu, senaman juga menawarkan potensi manfaat lain, seperti kecenderungan untuk mengurangkan pembekuan darah, memperbaiki fungsi sistem imun dan mengurangkan risiko kemurungan.

Manfaat Senaman


beberapa perubahan kecil pada gaya hidup seperti aktiviti fizikal yng kerap boleh memberi kesan ketara pada kesihatan. Sesungguhnya hanya dengan melakukan aktiviti fizikal selama tujuh  jam seminggu boleh mengurangkan risiko mati awal sebanyak 40% berbanding dengan seseorang yang tahap aktiviti fizikal mingguannya kurang daripada 30 minit.



JOM JALANI HIDUP YANG LEBIH SIHAT BERSAMA APRICON DENGAN HARGA MAMPU MILIK. APRICON YANG KAYA DENGAN VITAMIN B17 MAMPU MENCEGAH DARI PENYAKIT KANSER !! MAKLUMAT LANJUT BOLEH KE : -