Tentang Kami

APRICON FARMAS HEALTH adalah produk yang dikeluarkan oleh TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES yang merupakan sebuah syarikat yang komited dan fokus dalam menghasilkan dan membekalkan produk farmaseutikal, produk kesihatan dan produk penjagaan peribadi berdasarkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan dan cara hidup yang sihat dan seimbang.

Syarikat ini dinaungi oleh Pakar NeuroAnatomi iaitu :



  • Professor Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa yang merupakan seorang tokoh terkenal dan  berpengalaman di dalam bidang perubatan.
  • Beliau pernah berkhidmat sebagai doktor Perubatan di Jabatan  Surgeri dan Perubatan di Hospital Lurgar dan Portadown, Lurgar, Nothern Ireland.
  • Di dalam bidang akademik pendidikan tinggi, beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia selama 16 Tahun dan pernah menyandang jawatan sebagi Ketua Jabatan Anatomi di Universiti Kebagsaan Malaysia.
  • Dalam bidang penulisan pula, beliau telah menulis dan menerbitkan Buku Prinsip– Prinsip NeuroAnatomi dan Buku Amali NeuroAnatomi.  Buku-buku hasil penulisan beliau telah menjadi sebagai buku rujukan perubatan dan rujukan utama bagi pelajar-pelajar perubatan di Universiti-Universiti di seluruh Malaysia khususnya di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil penulisan beliau di dalam bidang perubatan telah mendapat pengiktirafan dan Hadiah Bahasa pada tahun 1993 yang di anugerahkan oleh Menteri Kewangan pada masa itu.
Selain itu, kumpulan pengurusan syarikat ini juga terdiri dari kakitangan yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pelbagai cabang dan bidang ilmu. 

Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangun dalam era globalisasi ini, Kegigihan dan niat yang suci dapat membantu memupuk satu mutu produk yang dinamik di samping menghasilkan output produk yang berpotensi tinggi

No comments:

Post a Comment