Thursday 26 May 2016

Bagaimana Perubatan Moden Merawat Kanser ?

Hanya dengan melihat mesin perubatan dan doktor-doktor pakar, ia sudah cukup untuk menyakinkan pesakit seratus peratus bahawa itulah rawatan terbaik dan mereka "pasti" sembuh. Harus diingatkan, kuasa penyembuhan bukan ada pada tangan doktor-doktor pakar atau mesin  perubatan moden. Kita hanya merancang dan berusaha tetapi Tuhan jualah yang mengizinkan kesembuhannya.

Saya dedahkan secara umum kaedah perubatan kanser secara moden ini, sebagai maklumat tambahan kepada pembaca supaya pesakit tidak menolak seratus peratus rawatan kaedah moden. Sebaliknya pesakit mengikuti kedua-dua jenis rawatan sebagai usaha ke arah kesembuhan.

1.)  Pembedahan

Pembedahan adalah rawatan kanser yang bersifat "tradisional" dari dimensi dunia perubatan moden.
Kaedah ini adalah cara yang paling efektif dalam usaha membuang terus sebahagian besar sel-sel dan tisu kanser di dalam tubuh sebelum ianya merebak ke dalam saluran darah dan berlaku metastasis.

Contoh pembedahan adalah seperti pembedahan  membuang "lump" pada kanser payudara, Pembedahan membuang rahim pada penyakit kanser rahim, pembedahan membuang prostat dan sebagainya.

Kekurangan kaedah ini ialah ia hanya dapat dilakukan sekiranya sel-sel kanser tersebut masih diperingkat awal iaitu pada tahap 1 dan tahap 2. Ia juga bergantung kepada lokasi kanser di dalam tubuh serta kanser  sel belum merebak ke bahagian anggota. Pada peringkat awal, pembedahan dilakukan dengan membuang terus sel-sel dan tisu kanser tersebut.

Namun, jika sel-sel kanser telah merebak (metasis), maka pembedahan bukanlah kaedah yang sesuai dijalani oleh pesakit. Pada fasa ini, pesakit perlu menjalani kemotrapi dan radioterapi. Adakalanya juga, doktor akan mensyorkan pesakit untuk melakukan kaedah kemo dan radioterapi terlebih dahulu. Ia bertujuan mengecilkan saiz tumor sebelum menjalani pembedahan.

2.)  Kemotrapi


Satu kaedah rawatan kanser yang menggunakan ubat anti kanser untuk melemahkan atau mematikan sel kanser di dalam badan. Ubat ini dapat menembusi sel kanser dan menggangu pembahagian sel atau penumbuhanya. Rawatan ini membawa kesan kepada seluruh sistem tubuh dan sistem imunasi pesakit. Kemotrapi berupaya mengecutkan saiz tumor kanser. Kaedah rawatan ini biasanya diberi melalui suntikan atau ubat oral (pil). Ubat kemotrapi berperanan untuk membunh sel-sel yang membahagi dengan cepat seperti sel-sel kanser.

Namun begitu, terdapat juga di dalam badan sel-sel normal yang membahagi dengan cepat seperti sel sum-sum tulang, sel-sel sistem penghadaman dan sel-sel rambut. Ubat kemotrapi tidak dapat membezakan sel-sel normal dan sel-sel kanser yang  membahagi dengan cepat. Ini bererti, ia turut boleh mematikan sel-sel yang sihat. Kemotrapi ini dijalankan pada setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap 3 minggu dalam masa 4 hingga 6 bulan.

Kesan-Kesan Kemotrapi

  • HILANG SELERA
Hilang selera makan disebabkan oleh masalah mulut dan tekak yang memberi kesukaran untuk menelan dan juga ketumbuhan ulser di dalam mulut dan tekak.


  • KEKURANGAN DARAH
Kekurangan darah dalam badan (anemia) disebabkan oleh kekurangan sel-sel darah merah ini adalah penting untuk mengalirkan oksigen di dalam badan. Kesan anemia ini membuatkan pesakit berasa letih, debaran yang kuat, sesak nafas dan mudah pitam.


  • PENDARAHAN
Kemotrapi boleh mengakibatkan kekurangan platlet di dalam badan akibat daripada kegagalan bone marrow untuk menghasilkannya, kesan daripada kemotrapi. Platlet berfungsi untuk membekukan darah apabila teradapat luka. Apabila berlaku kecederaan yang mengakibatkan pendarahan, maka darah akan sukar untuk berhenti mengalir. Kandungan platlet yang rendah mengakibatkan keadaan pesakit menjadi thrombocytopenia. Pendarahan turut boleh berlaku melaui hidung, gusi atau pun bintik-bintik merah di kulit.


  • ALAH PENYAKIT
Kemotrapi kadangkala menyukarkan untuk tulang sum-sum kita menghaswilkan sel darah putih. Sel darah putih ini berperanan melawan jangkitan kuman. Justeru, apabila tubuh mengalami kekurangan sel darah putih, maka kuman akan mudah menjangkiti tubuh. Oleh sebab itu, pesakit mudah dijangkiti batuk atau mengalami demam berpanjangan.
  • KETIDAKSUBURAN
Salah satu kesan jangka panjang kemotrapi ialah boleh menyebabkan ketidaksuburan. Bagi wanita, kemotrapi boleh merosakkan ovari. Kerosakkan ini akan mengurangkan pengeluaran telur yang subur di ovari. Ia juga turut mengurangkan hormon di dalam badan pesakit. Kekurangan hormon dalam badan boleh mengakibatkan gejala putus haid yang awal. Kedua-dua ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan anak. Bagi lelaki, kemotrapi boleh merosakkan sel-sel sperma di dalam testis. Ini mengakibatkan kekurang sperma yang aktif. Ia boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan untuk lelaki. Kesannya, pesakit sukar untuk mendapat zuriat selama-lamnya. Adalah mustahak untuk pesakit tidak mengandung semasa rawata kemotrapi. Ini kerana ubat kemotrapi ini boleh merosakkan janin terutamnya pada 3 bulan paertama kehamilan.

3.)  Radioterapi

Sejenis rawatan bagi tumor atau kanser. Ia menggunakan X-ray berkuasa tinggi bagi melemah atau mengecutkan sel kanser tersebut. Rawatan tersebut ditujukan khususnya kepada sel kanser. Ekoran itu, tisu normal tidak terganggu. Hal ini kerana tisu ini dilindungi semasa rawatan berkenaan dijalankan.

Radioterapi melemahkan atau mematikan sel-sel kanser dengan meroskkan DNA (molekul yang terkandung di dalam sel yang mengandungi maklumat genetik). Sel-sel kanser DNA yang telah rosak akan berhenti membiak atau mati. radioterapi boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit. Radioterapi boleh mematikan sel-sel yang normal di bahagian anggota badan yang diberi rawatan. Contohnya, apabila radioterapi diberikan kepada leher dan tengkuk, ia boleh merosakkan kilang air liur dan menyebabkan keguguran rambut.

Pesakit yang menjalani di bahagian bawah perut pula terdedah kepada masalah kesukaran membuang air kecil. Kesan-kesan jangka panjang yang lain termasuklah ketidaksuburan, sukar untuk mendapat zuriat, hilang ingatan(jika radioterapi dilakukan pada bahagian otak), kerosakkan pada bahagian usus, masalah cirit-birit dan pendarahan.

sumber : Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser

Tuesday 17 May 2016

Info Sihat

Cara-Cara Pengurusan Penurunan Berat Badan Dengan Betul

Asalamualaikum semua, seperti yang kita tahu masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Kebanyakanya ramai yang tahu cara yang untuk menurunkan berat badan adalah dengan cara mengurangkan makan atau tidak makan. Sebenarnya cara tersebut adalah silap dan salah.




Di bawah saya sertakan tips-tips yang mungkin membantu kita dalam usaha untuk mengurangkan berat badan serta memperolehi bentuk badan menawan dan sihat.
1.)  Jangan Berlapar

  • Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan lapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, Walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2.)  Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
  • Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghatar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL dalam perut boleh menyebabkan ketidak cekapan penghadaman.
3.)  Minum 8 Gelas Air Sehari
  • Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak makan dengan banyak.
4.)  Elakkan Minuman Yang Bergas
  • Minuman yang bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5.)  Kurangkan Pengambilan Garam
  • Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penankungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakana badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6.)  Ambil Sarapan pagi
  • Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilakan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakatr kalori.
7.)  Makanlah Dengan Perlahan-Lahan
  • Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghatar isyarat menunjukan kepuasan.
8.)  Kunyah Makanan Kepada Cebisan Lebih Kecil
  • Kunyalah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9.)  Makan Dengan Kuantiti Yang Sedikit
  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10.) Ambil Vitamin Secukupnya
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

    Selain itu, anda juga boleh mengurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda, Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda,

    Jika anda terasa ingin makan snek atau makan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

    Apabila makan di retoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dan disamping itu, mentalah sesuatu minuman yang kurang manisnya.

    Janagan timbang berat badan anda setiap hari keraan anda akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk diet.

    Sumber : Sobriyaacob

    Wednesday 11 May 2016

    Ubat Tiruan Pembunuh Senyap!


    Apa Itu Ubat Tiruan / Ubat Palsu ??

    Ubat tiruan / ubat palsu  merupakan sediaan ubat yang ditiru dan menyerupai sama ada nama, rekabentuk atau pembungkusan yang serupa dengan ubat asli yang telah didaftarkan dengan KKM samaada produk asli atau produk generic.

    Kesan Mengambil Ubat Tiruan / Ubat Palsu.
    • Seseorang mungkin akan mengalami kesan sampingan, kesan alahan atau memburukkan lagi keadaan penyakitnya secara tidak dijangkakan.
    • Jika produk ubat tersebut tidak mempumnyai bahan aktif maka seseorang itu tidak akan mendapat sebarang kesan penyembuhan apabila mengambilnya.
    • Jika sekirannya ubat tiruan itu adalah jenis antibiotic dan tidak mempunyai dose yang betul atau bahan aktif yang salah atau bahan aktif yang tidak mencukupi maka seseorang yang mengambilnya akan menjadi resistan terhadap ubat itu dan penyakit boleh merebak kepada orang lain dengan cepat.
    • Produk ubat tiruan mungkin mengandungi bahan aktif yang berbahaya yang boleh membawa kepada kematian.
    Bagaimana untuk membantu mengenali ubat tiruan / ubat palsu :
    • Tidak mempunyai kesan.
    • Ada kesan tetapi bukan kesan yang dikehendaki / dijangkakan.
    • Pembungkusan yang tidak ditutup dengan rapi "Sealed".
    • Labelnya tidak dicetak secara jelas dan maklumatnya yang tidak lengkap.
    • Keadaan fizikal dan rasa ubat lain daripada biasa.
    Bagaimana Untuk Mengelak Dari Membeli Ubat Tiruan / Ubat Palsu :
    • Tempat trebaik untuk membeli ubat adalah kedai farmasi.
    • Jangan beli ubat dari kedai sebarangan.
    • Berhati-hati dengan ubat yang mempunyai pembungkusan dan label yang tidak jelas dan tidak betul.
    • Periksa dan baca label pada pembungkusan dan kertas sisipannya.
    • Pastiakn anda beli ubat yang berdaftar dengan KKM yang mempunyai no. pendaftaran MAL dan Label hologram Meditag.



    Ubat tiruan pembunuh senyap

    BERMULA dengan cakera padat cetak rompak kemudian pakaian, beg tangan dan jam tangan tiruan berjenama mewah. Kini jenayah terancang itu semakin berani apabila menjadikan ubat-ubatan sebagai 'mangsa' terbaru yang mampu memberikan mereka keuntungan berlipat kali ganda.

    Dengan kos yang sangat kecil untuk pengeluaran ubat tiruan atau palsu, perdagangannya sangatlah menarik dan menguntungkan. Di sebalik keuntungan sesetengah pihak, kegiatan ini sebenarnya memudaratkan kesihatan pengguna ubat tiruan.

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta pemalsuan pembungkusan.

    WHO menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35 bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia.

    Statistik rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.

    Melalui pengalaman bahagian Penguatkuasa Farmasi, jenis ubat tiruan yang popular ialah ubat perangsang seks, ubat menguruskan badan, ubat sakit sendi, ubat mengurangkan lemak, ubat untuk mengawal alahan, gatal-gatal dan ubat selesema serta batuk.

    Ketua Penolong Pengarah Farmasi (Kuatkuasa), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail memberitahu, pemalsuan dilakukan apabila produk tiruan itu menggunakan jenama dan produk yang sama dan menjualnya dengan nama produk tulen atau asal tanpa pengetahuan pengeluar produk tulen. Ubat tiruan ini menyerupai ubat tulen yang sememangnya telah diuji serta diluluskan untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.

    " Ubat tiruan tersebut boleh dianggap sebagai parasit kerana menggunakan label serta nama dagangan yang sama dengan penyediaan tulen tetapi dikilangkan di premis yang tidak diluluskan serta menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti," jelasnya

    Risiko penyakit Menurut Mazlan, ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan tercemar.

    Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh.

    Ini kerana ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang pengguna.

    "Walau bagaimanapun, organ ini tidak akan menunjukkan sebarang masalah atau kemerosotan sehinggalah hanya tinggal sebahagian kecil sahaja yang masih berfungsi. Sekiranya ini terjadi, kemungkinan besar organ tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

    Lebih teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak. Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan yang kecil seperti menulis.

    Ubat -ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik.

    Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah tinggi.

    BerdaftarMazlan seterusnya menjelaskan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bertanggungjawab melalui peruntukan undang-undang mendaftar semua produk farmaseutikal yang ingin dipasarkan.

    "Pada dasarnya semua produk farmaseutikal yang didaftarkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Sikap tamak haloba serta tidak bertanggungjawab di kalangan segelintir masyarakat ini boleh menyebabkan kesihatan pengguna terjejas atau pengguna menghadapi risiko maut," jelasnya.

    Sikap pengguna"Dengan sikap pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang lemah dan masih membeli ubat -ubatan tiruan di pasaran menjadikan kes-kes ubat tiruan semakin meningkat," katanya.

    Tambahnya, jika perkara ini berlarutan dan tidak dikawal masyarakat akan lambat laun boleh menjadi kurang yakin terhadap keberkesanan pengambilan ubat sebagai penawar penyakit termasuk ubat tulen.

    Seperti barang-barang tiruan lain, dengan kos yang rendah sebagai modal menyediakan ubat tiruan juga mempengaruhi peningkatan kes, malah bukti akan hilang setelah produk palsu digunakan menggalakkan lagi aktiviti pengeluaran. Aduan daripada pengguna sendiri banyak membantu pihak kementerian melakukan siasatan terhadap ubat tiruan .

    "Antara langkah awal bagi mengenal pasti ubat tiruan adalah melalui pemerhatian kepada bungkusan luar seperti kotak ubat , bentuk dan rupa ubat serta kandungan ubat . Biasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk ubat dan sebagainya pada ubat tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah ubat - ubat dari pengedar yang sah dan boleh dipercayai," jelasnya.

    Bagi memudahkan tindakan undang-undang diambil ke atas penjualan ubat tiruan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan telah melakukan pindaan undang-undang ke atas Akta Jualan Dadah.

    Namun demikian, kesedaran orang ramai adalah penting dan laporan segera tentang ubat tiruan perlu diajukan terus kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

    Mazlan menjelaskan, ubat tiruan dapat menipu pengguna terutamanya jika dibeli di tempat atau dari sumber yang tidak betul.

    "Paling penting, pengguna perlu berhati-hati kerana ramai yang terpengaruh dengan iklan terutamanya golongan wanita," jelasnya.

    Tambahnya, serbuan dan rampasan tidak dapat menghentikan penjualan produk palsu dan tiruan selagi pengguna tidak memahami bahayanya dan tetap memilih produk mengikut harga murah.

    Namun, untuk memastikan produk ubat berdaftar dan tulen, perhatikan label pembungkusan pada kotak atau pembalut ubat dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM.

    Jelas Mazlan, alat dekod meditag telah dibekalkan KKM secara percuma kepada kebanyakan farmasi di seluruh negara bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan hologram KKM pada bungkusan ubat

    Setakat ini, KKM telah mengedarkan meditag ke semua farmasi yang berdaftar dengan KKM.

    Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang






    Sumber : 

    Friday 6 May 2016

    Kehebatan Apricon

    Aprikot Vs Kanser (Apricon Farmas Health) - Produk Anti-Kanser





    APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik. Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif . Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal. Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini. Antara khasiat APRICON ialah:

    • Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser.
    • Merawat penyakit Kencing manis, Penyakit Jantung, Darah Tinggi, Gout, Asma, Sakit Sendi, dan masalah buasir
    • Mengurangkan berat badan, masalah kolestrol tinggi dalam darah, masalah ketidakseimbangan gula dalam darah. Masalah haid tidak teratur dan keputihan.
    • Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran UV, gatal-gatal dan alahan,  Juga mampu menyelesaikan masalah jerawat dan resdung, bertindak sebagai "Anti-Penuaan".



    Cadangan yang terbaik bagi pemakanan apricon ini adalah :

    Cegah Kanser : 2 biji 3 kali sehari ( Sebelum Makan)


    Rawat Kanser : 4 biji 6 kali sehari ( Sebelum Makan )




    Info Produk:

    150 Biji Kapsul ( Harga : RM 149, Sabah&Sarawak : RM155)

     Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : En.Sayed : 0192449008 @ 03-8927 3332 
    019-208 3523(Fadzilah)

    Dikeluarkan oleh : TK Farmas Solution & Industries. 

    Emel : farmashealth@yahoo.com