Thursday, 28 April 2016

Aprikot Sebagai Makanan Kesihatan

Pokok Aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter, daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan, permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras. 


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. 

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.
Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh, masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot.

Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian. 

Kelebihan Vitamin B-17 :  Merawat dan membunuh kanser · Merawat penyakit kencing manis · Merawat penyakit jantung · Merawat penyakit gout · Anti penuaan · Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma · Mengurangkan berat badan · Melancarkan sistem penghadaman · Melancarkan sistem peredaran darah · Seimbangkan kandungan gula dalam darah · Menurunkan kolesterol dalam darah

Fakta Asas Kanser

Bagaimana Kanser itu Bermula ?
Kanser bermula apabila sel-sel dibahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Sel kanser dengan sel normal sangat berbeza, ianya tidak mati malah akan terus berkembang dan membentuk satu sel yang baru iaiitu satu sel yang tidak normal. Pelik tapi itulah yang benar bagaimana pertumbuhan kanser ini berlaku. Sel-sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang lain dengan erti kata lain ianya mudah merebak.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan yang kurang aktif dari biasa. Bagi sistem imun yang aktif ia akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Berbalik pada kanser... kanser ini biasanya akan menyerang orang yang sistem imun yang lemah ketahananya.

Masalahnya yang dihadapi oleh setiap manusia sekarang adalah semakin hari sistem imun kita akan lemah. semua orang akan hadapinya kerana sikap kita sendiri yang membuatnya jadi lemah. Antara faktor-fakrtornya adalah pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan kita, kurang pngambilan nutrien, stress dan lain-lain. jadi sendiri pikir lah dengan keadaan di bumi kita yang semakin kuran sihat ni kan?

Bagaimana Kanser Merebak ?
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser

Jenis Kanser terlalu banyak, antaranya :

  • Kanser Prostat
  • Kanser Paru-paru
  • Kanser Payudara
  • Kanser Hati
  • Kanser Pundi Kencing
  • Kanser Kulit dan
  • Kanser Leukemia
Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser 

Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.

Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.

Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Vitamin B17? Kanser? Kenapa?


Tidak dinafikan lagi bahawa kanser adalah penyakit kronik yang menggerunkan masyarakat kerana ia bukan sahaja menyebabkan penderitaan malah menjadi punca kematian. 


Menurut pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia, punca peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan beberapa faktor pemakanan yang tidak seimbang. Ini kerana, pada zaman teknologi serba moden dan canggih,hampir 90% makanan seharian bersifat asid dan mengandungi kadar aditif yang tinggi dan kurang zat. 

Akibatnya, tubuh badan berasid seterusnya menyebabkan sistem antibodi dan imunasi akan menjadi lemah dan boleh mengundang penyakit kronik terutama kanser.

Vitamin B17
Sebarang pencarian mengenai rawatan dan pencegahan kanser akan membawa kepada penemuan vitamin B17. Mungkin Vitamin B17 terlalu asing dan agak sukar untuk mempercayainya, namun ia sebenarnya telam lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser. 

Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. 

Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengetepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit tetapi berkesan mencegah kanser. Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan pada 1950 oleh pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs yang berjaya mencungkil rahsia kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser.

Daripada penyelidikan, biji aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. 

Hasil kajian juga mendapati haiwan liar tidak akan dijumpai mati akibat kanser sebailiknya haiwan yang dipelihara di dalam zoo kemingkinan besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi Vitamin B17. 

Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran kehidupan uang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, impak daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi Vitamin B17.


Terapi Kanser

Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk Apricon Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser.

Dalam terapi metabotik, apabila Vitamin  B17 bertindak balas dengan sel kanser, enzim betaglucosidase dalam sel kanser itu berupaya menguraikan elemen Vitamin B17 seterunya mematikan sel kanser.

Vitamin B17 sememangnya cukup unik kerana tugasnya hanya menyerang sel kanser dan sel-sel yang tidak normal. Ia juga dapat membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh, memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetes.

APRICON FARMAS HEALTH 

Apricon Farmas Health adalah produk terunggul di Malaysia dengan formulasi hebat 100 peratus biji aprikot yang dikisar halus dengan kawalan famaseutikal tinggi tanpa sebarang campuran bahan kimia bagi mengekalkan kandungan Vitamin B17 paling optimum, yang amat diperlukan oleh manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tunuh badan.


Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, "Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.

Produk Apricon Farmas Health tidak perlu diragui kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kini boleh mendapatkan di pasaran.

APRICON adalah produk makanan kesihatan yang dikeluarkan oleh TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang kaya dengan Vitamin B17 dikenali juga sebagai Amygdalin atau Laetrile. Ia akan dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV bagi menyingkirkan bekteria, kulat dan radikal bebas.
Vitamin B17 juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. 

Komponen Vitamin B17 atau Amygdalin berfungsi sebagai agen kimoterapi semula jadi yang mampu mengawal pertumbuhan sel tidak normal yang tidak terkawal secara efektif.

Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, Vitamin B17 atau Amygdalin mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal 

Fakta Menarik Apricon

APRIKOT dipercayai berasal dari China dan telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan terhadap kesihatan mereka sejak 1,500 tahun yang lalu.

Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidan yang semakin berkurangan manakala kandungan gula akan meningkat semasa buah ini hampir masak. Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji minyak dan bunga daripada aprikot telah di gunakan dalam bidang perubatan sejak turun temurun.

Di China ubat yang digelar Aprikot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur dan bagus untuk merawat amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

Kebanyakan individu yang mengambil B17 , untuk tujuan pemulihan namun yang terbaik menjadikannya sebagai makanan tambahan dengan menggabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Jika adakah benar biji aprikot beracun? Sebenarnya, biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang berbahaya. Biji Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 yang bertindak balas bersama sel kanser akan menghasilkan sianida iaitu sejenis racun, akan tetapi sianida yang terhasil akibat tindak balas ini hanya membunuh sel-sel kanser yang wujud pada badan manusia sahaja.

Terapi B17

Biji Aprikot yang mengandungi Vitamin B17 yang Tinggi

Kisah seniwati Datuk Sarimah Ahmad yang semakin pulih setelah menerima terapi rawatan B17 ( di samping minum air zam-zam) ekoran diserang kanser otak, hidung dan lidah pada tahap empat memang cukup mengejutkan. Tiga yang diramalkan oleh doktor yang merawat memandangkan tubuhnya cuma tinggal tulang dan kulit. 
Seniwati tersebut dilaporkan berkata penderitaannya bermula pada tahun 2008 dan disahkan menghidapnya pada April tahun lalu. Akur kepada ketentuan, Sarimah bagaimanapun enggan menjalani pembedahan, sebaliknya mengambil makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico (setelah disyor oleh doktor yang merawat). Langkahnya tidak sia-sia apabila pada 28 April lalu, beliau berupaya menyambut ulang tahun ke-69 bersama keluarga dan teman-teman.
Selain Sarimah, cerita tragik penghidap kanser turut diluahkan oleh Bibi Hasnah Mohd Ayub. Menghidap kanser serviks yang telah merebak ke tulang belakang dan tidak lagi berupaya berjalan, Bibi Hasnah bernasib baik kerana memonton program Halal Bio yang membincangkan topik B17 Amygdalin.

Biarpun agak sukar untuk mempercayai adanya penawar kanser, namun dia bertindak mencari penawarnya. Ia mungkin bukan sesuatu yang boleh dimengerti kerana Bibi Hasnah telah melalui 28 kali rawatan kimoterapi, 28 kali sesi radioterapi dan empat kali brakiterapi. Seperti mana Sarimah, Bibi Hasnah yang berkerusi roda semakin pulih setelah pil biji aprikot sejak Januari lalu. 

Sebenarnya keistimewaan B17 atau Laetrile atau Amygdalin bagaimana pun sesuatu yang cukup kontroversi. Laporan menyatakan pengambilan vitamin tersebut mencetuskan gejala keracunan sianida selain tidak berupaya mencegah kanser. Ketiadaan keputusan yang yang signifikan dan dikumentasi yang jelas menyebabkan amalan terapi kanser B17 ditolak oleh kebanyakan negara di dunia termasuklah hospital-hospital kerajaan dinegara ini.
Senario tersebut turut disokong oleh Prof Madya Datuk Dr Fuad Ismail, Pakar Perunding Onkologi dari Jabatan Radioterapi & Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang berpendapat ia mungkin sebahagian daripada kaedah pemasaran bagi melariskan produk. 
Berdasarkan pengalaman beliau, pesakit biasanya telah menerima rawatan di hospital sebelum ini mengambil suplemen lain termasuk B17. Apabila nampak kejayaan, ia kemudian dikaitkan dengan keberkesanan suplemen seperti B17. Sedangkan rawatan lain yang diterima sebelum itu dilupakan begitu sahaja. 

Sekalipun dinafikan amalannya, terapi kanser B17 'mendapat' tempat yang cukup baik dan banyak dipraktikkan di Mexico dan Filipina. Sebutkan kanser jenis apa dan pada tahap yang mana, terdapat kombinasi rawatan yang didakwa berupaya meringankan penderitaan yang ditanggung. Sekiranya anda pesakit kanser payudara tahap tiga, selain pil B17, kaedah suntikan akan mempercepatkan lagi penyembuhannya. Setakat ini respond yang diterima cukup baik.
Malah peramal terapi ini didakwa mampu menyembuhkan penghidap kanser 100 peratus- sesuatu yang cukup mengagumkan! Ini kerana terapi kanser B17 bukan seperti kaedah alternatif yang lain, ia sebaliknya disokong oleh bukti kejayaan selain penemuannya pada tahun 1950 oleh pakar biokimia. Dr.Ernest Krebs Jr. Sekalipun ditolak amalannya serta pendaftaran produknya diharamkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), mendapatkan B17 sebenarnya tidaklah sesukar dibayangkan. Bukan itu sahaja, sekiranya ingin mendapatkan pil atau suntikan vitamin yang sumber utamanya ialah biji buah aprikot ini, anda disarankan mendapatkannya daripada doktor-doktor di klinik-klinik (bukan kerajaan) yang mempercayai keberkesanannya di seluruh negara!

Sumber :Majalah isihat edisi Julai 2011