Thursday, 28 April 2016

Fakta Menarik Apricon

APRIKOT dipercayai berasal dari China dan telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan terhadap kesihatan mereka sejak 1,500 tahun yang lalu.

Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidan yang semakin berkurangan manakala kandungan gula akan meningkat semasa buah ini hampir masak. Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji minyak dan bunga daripada aprikot telah di gunakan dalam bidang perubatan sejak turun temurun.

Di China ubat yang digelar Aprikot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur dan bagus untuk merawat amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

Kebanyakan individu yang mengambil B17 , untuk tujuan pemulihan namun yang terbaik menjadikannya sebagai makanan tambahan dengan menggabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Jika adakah benar biji aprikot beracun? Sebenarnya, biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang berbahaya. Biji Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 yang bertindak balas bersama sel kanser akan menghasilkan sianida iaitu sejenis racun, akan tetapi sianida yang terhasil akibat tindak balas ini hanya membunuh sel-sel kanser yang wujud pada badan manusia sahaja.

No comments:

Post a Comment