Kanser bermula apabila sel-sel dibahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Sel kanser dengan sel normal sangat berbeza, ianya tidak mati malah akan terus berkembang dan membentuk satu sel yang baru iaiitu satu sel yang tidak normal. Pelik tapi itulah yang benar bagaimana pertumbuhan kanser ini berlaku. Sel-sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang lain dengan erti kata lain ianya mudah merebak.Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan yang kurang aktif dari biasa. Bagi sistem imun yang aktif ia akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Berbalik pada kanser... kanser ini biasanya akan menyerang orang yang sistem imun yang lemah ketahananya.
Masalahnya yang dihadapi oleh setiap manusia sekarang adalah semakin hari sistem imun kita akan lemah. semua orang akan hadapinya kerana sikap kita sendiri yang membuatnya jadi lemah. Antara faktor-fakrtornya adalah pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan kita, kurang pngambilan nutrien, stress dan lain-lain. jadi sendiri pikir lah dengan keadaan di bumi kita yang semakin kuran sihat ni kan?
Bagaimana Kanser Merebak ?
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.
Jenis Kanser
Jenis Kanser terlalu banyak, antaranya :
- Kanser Prostat
- Kanser Paru-paru
- Kanser Payudara
- Kanser Hati
- Kanser Pundi Kencing
- Kanser Kulit dan
- Kanser Leukemia
Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
No comments:
Post a Comment