Hanya dengan melihat mesin perubatan dan doktor-doktor pakar, ia sudah cukup untuk menyakinkan pesakit seratus peratus bahawa itulah rawatan terbaik dan mereka "pasti" sembuh. Harus diingatkan, kuasa penyembuhan bukan ada pada tangan doktor-doktor pakar atau mesin perubatan moden. Kita hanya merancang dan berusaha tetapi Tuhan jualah yang mengizinkan kesembuhannya.
Saya dedahkan secara umum kaedah perubatan kanser secara moden ini, sebagai maklumat tambahan kepada pembaca supaya pesakit tidak menolak seratus peratus rawatan kaedah moden. Sebaliknya pesakit mengikuti kedua-dua jenis rawatan sebagai usaha ke arah kesembuhan.
1.) Pembedahan
Kaedah ini adalah cara yang paling efektif dalam usaha membuang terus sebahagian besar sel-sel dan tisu kanser di dalam tubuh sebelum ianya merebak ke dalam saluran darah dan berlaku metastasis.
Contoh pembedahan adalah seperti pembedahan membuang "lump" pada kanser payudara, Pembedahan membuang rahim pada penyakit kanser rahim, pembedahan membuang prostat dan sebagainya.
Kekurangan kaedah ini ialah ia hanya dapat dilakukan sekiranya sel-sel kanser tersebut masih diperingkat awal iaitu pada tahap 1 dan tahap 2. Ia juga bergantung kepada lokasi kanser di dalam tubuh serta kanser sel belum merebak ke bahagian anggota. Pada peringkat awal, pembedahan dilakukan dengan membuang terus sel-sel dan tisu kanser tersebut.
Namun, jika sel-sel kanser telah merebak (metasis), maka pembedahan bukanlah kaedah yang sesuai dijalani oleh pesakit. Pada fasa ini, pesakit perlu menjalani kemotrapi dan radioterapi. Adakalanya juga, doktor akan mensyorkan pesakit untuk melakukan kaedah kemo dan radioterapi terlebih dahulu. Ia bertujuan mengecilkan saiz tumor sebelum menjalani pembedahan.
2.) Kemotrapi
Satu kaedah rawatan kanser yang menggunakan ubat anti kanser untuk melemahkan atau mematikan sel kanser di dalam badan. Ubat ini dapat menembusi sel kanser dan menggangu pembahagian sel atau penumbuhanya. Rawatan ini membawa kesan kepada seluruh sistem tubuh dan sistem imunasi pesakit. Kemotrapi berupaya mengecutkan saiz tumor kanser. Kaedah rawatan ini biasanya diberi melalui suntikan atau ubat oral (pil). Ubat kemotrapi berperanan untuk membunh sel-sel yang membahagi dengan cepat seperti sel-sel kanser.
Namun begitu, terdapat juga di dalam badan sel-sel normal yang membahagi dengan cepat seperti sel sum-sum tulang, sel-sel sistem penghadaman dan sel-sel rambut. Ubat kemotrapi tidak dapat membezakan sel-sel normal dan sel-sel kanser yang membahagi dengan cepat. Ini bererti, ia turut boleh mematikan sel-sel yang sihat. Kemotrapi ini dijalankan pada setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap 3 minggu dalam masa 4 hingga 6 bulan.
Kesan-Kesan Kemotrapi
- HILANG SELERA
Hilang selera makan disebabkan oleh masalah mulut dan tekak yang memberi kesukaran untuk menelan dan juga ketumbuhan ulser di dalam mulut dan tekak.
- KEKURANGAN DARAH
Kekurangan darah dalam badan (anemia) disebabkan oleh kekurangan sel-sel darah merah ini adalah penting untuk mengalirkan oksigen di dalam badan. Kesan anemia ini membuatkan pesakit berasa letih, debaran yang kuat, sesak nafas dan mudah pitam.
- PENDARAHAN
Kemotrapi boleh mengakibatkan kekurangan platlet di dalam badan akibat daripada kegagalan bone marrow untuk menghasilkannya, kesan daripada kemotrapi. Platlet berfungsi untuk membekukan darah apabila teradapat luka. Apabila berlaku kecederaan yang mengakibatkan pendarahan, maka darah akan sukar untuk berhenti mengalir. Kandungan platlet yang rendah mengakibatkan keadaan pesakit menjadi thrombocytopenia. Pendarahan turut boleh berlaku melaui hidung, gusi atau pun bintik-bintik merah di kulit.
- ALAH PENYAKIT
Kemotrapi kadangkala menyukarkan untuk tulang sum-sum kita menghaswilkan sel darah putih. Sel darah putih ini berperanan melawan jangkitan kuman. Justeru, apabila tubuh mengalami kekurangan sel darah putih, maka kuman akan mudah menjangkiti tubuh. Oleh sebab itu, pesakit mudah dijangkiti batuk atau mengalami demam berpanjangan.
- KETIDAKSUBURAN
3.) Radioterapi
Sejenis rawatan bagi tumor atau kanser. Ia menggunakan X-ray berkuasa tinggi bagi melemah atau mengecutkan sel kanser tersebut. Rawatan tersebut ditujukan khususnya kepada sel kanser. Ekoran itu, tisu normal tidak terganggu. Hal ini kerana tisu ini dilindungi semasa rawatan berkenaan dijalankan.
Radioterapi melemahkan atau mematikan sel-sel kanser dengan meroskkan DNA (molekul yang terkandung di dalam sel yang mengandungi maklumat genetik). Sel-sel kanser DNA yang telah rosak akan berhenti membiak atau mati. radioterapi boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit. Radioterapi boleh mematikan sel-sel yang normal di bahagian anggota badan yang diberi rawatan. Contohnya, apabila radioterapi diberikan kepada leher dan tengkuk, ia boleh merosakkan kilang air liur dan menyebabkan keguguran rambut.
Pesakit yang menjalani di bahagian bawah perut pula terdedah kepada masalah kesukaran membuang air kecil. Kesan-kesan jangka panjang yang lain termasuklah ketidaksuburan, sukar untuk mendapat zuriat, hilang ingatan(jika radioterapi dilakukan pada bahagian otak), kerosakkan pada bahagian usus, masalah cirit-birit dan pendarahan.
sumber : Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser