Asalamualaikum semua, seperti yang kita tahu masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Kebanyakanya ramai yang tahu cara yang untuk menurunkan berat badan adalah dengan cara mengurangkan makan atau tidak makan. Sebenarnya cara tersebut adalah silap dan salah.
1.) Jangan Berlapar
- Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan lapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, Walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2.) Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
- Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghatar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL dalam perut boleh menyebabkan ketidak cekapan penghadaman.
3.) Minum 8 Gelas Air Sehari
- Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak makan dengan banyak.
4.) Elakkan Minuman Yang Bergas
- Minuman yang bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5.) Kurangkan Pengambilan Garam
- Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penankungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakana badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6.) Ambil Sarapan pagi
- Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilakan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakatr kalori.
7.) Makanlah Dengan Perlahan-Lahan
- Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghatar isyarat menunjukan kepuasan.
8.) Kunyah Makanan Kepada Cebisan Lebih Kecil
- Kunyalah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9.) Makan Dengan Kuantiti Yang Sedikit
- Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10.) Ambil Vitamin Secukupnya
- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
Jika anda terasa ingin makan snek atau makan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
Apabila makan di retoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dan disamping itu, mentalah sesuatu minuman yang kurang manisnya.
Janagan timbang berat badan anda setiap hari keraan anda akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk diet.
Sumber : Sobriyaacob
No comments:
Post a Comment