Sunday, 25 September 2016

Info Kanser Mulut


Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Kanser mulut sering terjadi di kawasan:
  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Bahagian dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah

Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:
  • Merokok;
  • mengunyah tembakau;
  • mengunyah buah pinang (makan sireh) dengan atau tanpa tembakau;
  • minum minuman beralkohol yang berlebihan; dan
  • terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan.
Tanda-Tanda Kanser Mulut
  • Ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh;
  • tompokan putih (leukoplakia) atau merah (erythroplakia);
  • bengkak atau ketumbuhan dalam mulut; dan
  • nafas berbau (halitosis).
Simptom
  • Rasa sakit dalam mulut;
  • kesukaran mengunyah, menelan atau menggerakkan lidah;
  • kebas pada lidah atau dalam mulut; dan
  • kesukaran untuk membuka mulut.
Sumber : Farmashealth



Wednesday, 7 September 2016

10 PEMBOHONGAN TENTANG KANSER PAYUDARA TERBONGKAR


“Terapi Aprikot Vitamin B17 semakin diterima sebagai kaedah rawatan alternatif kerana bersifat anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser”- Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003. Oleh itu, ia telah dinobatkan sebagai pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia. Ramai masyarakat telah mengetahui pelbagai fakta tentang bagaimana terjadinya kanser payudara, namun terdapat juga mitos dan salah tanggapan yang perlu diperbetulkan supaya masyarakat lebih memahami apakah sebenarnya kanser payudara ini.

1.    Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara!

Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.

2. Petanda kanser payudara hanyalah benjolan.

Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11 petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kansersebelum apa-apa gejala dirasai atau dilihat sama sekali.

3. Hanya wanita yang mengalami kanser payudara.

Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.
4.    Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga.
Hanya 5 hingga 10 % daripada semua jenis kanser payudara adalah diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen. Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih kerap dan mudah.

5.   Diet tidak mempengaruhi berlakunya kanser!
Para penyelidik bersetuju bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Namun, pengambilan makanan tertentu secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara. American Cancer Society mendapati kafein boleh  meningkatkan risiko tumor payudara atau juga dikenali sebagai benjolan fibrokistik.

6. Mamogram itu menyakitkan!

Mamogram sememangnya tidak selesa untuk dilakukan, namun kebanyakkan wanita yang menjalani mamogram mengatakan ia tidak begitu menyakitkan. Lebih tinggi tekanan yang dikenakan, maka akan bertambah ketidakselesaan yang akan ditanggung oleh pesakit. Namun, perlu diingat bahawa semakin tinggi tekanan, maka imej yang akan dirakam adalah lebih jelas dan memudahkan petugas radiologi untuk menaakul.

7. Breast-self examination (BSE) tidak membantu!

Ramai wanita yang enggan dan malas untuk membuat pemeriksaan bulanan payudara, malah tidak mengejutkan jika terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui langkah dan prosedur yang betul untuk melakukannya. Ini amatlah merugikan kerana pemeriksaan ini bukan sahaja amat mudah untuk dilakukan, tetapi juga amat membantu untuk mengesan tanda-tanda awal dan ianya boleh menyelamatkan nyawa.

8. Berat badan dan kanser payudara tiada kaitan.

Aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah boleh meningkatkan kecergasan  kardio-pulmonari dan pengaliran darah. Berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan dan menurut Cancer Research UK, obesiti mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dianjurkan untuk kerap melakukan senaman dan mengamalkan diet yang seimbang.

9. Buah-buahan dan sayuran hanya untuk meredakan sembelit.

Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja baik untuk penghadaman dan perkumuhan malah memberi pelbagai faedah kepada kesihatan. Masyarakat yang kurang makan buah-buahan dan sayuran akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser payudara. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung dan antioksidan semulajadi yang bukan sahaja melambatkan penuaaan malah menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dan menyingkirkan sel-sel rosak penggalak kanser.

10. Rawatan alternatif tidak memberikan kesan positif.


Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Laetrile atau Vitamin B17. Vitamin B17 terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Vitamin B17 diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan bertindak menyerang dan membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit. 

INFO MENARIK!

Kebelakangan ini, produk berasakan teras biji aprikot semakin bertambah di pasaran tempatan dan mudah untuk diperoleh. Perkara ini amat membimbangkan kerana makanan tambahan berasakan kesihatan haruslah mencapai kualiti yang terbaik bagi menjamin tahap keselamatan pengguna. Atas kesedaran ini, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga merupakan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dalam membeli produk berasaskan biji Aprikot. Pengguna yang bijak perlu memastikan bahawa produk tersebut telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Kenyataan beliau turut disokong oleh Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia dan penasihat utama produk Farmas Health, Dr. Ismail Lasa. Beliau turut menasihati para pengguna yang ingin mencuba rawatan alternatif supaya membeli produk dari pengeluar yang diiktiraf dan mempunyai kakitangan mahir yang berkelulusan dalam bidang yang berkaitan seperti bidang perubatan, farmaseutikal dan bioteknologi. Ini untuk mengelakkan pengguna dari tertipu dengan lambakkan produk-produk berasaskan biji aprikot yang dijual dengan harga yang terlalu murah di pasaran. Tanpa kawalan kualiti yang optimum, dikhuatiri produk lambakkan ini bukan sahaja akan merugikan malah memberikan kesan negatif kepada pengguna jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Keberkesanan Vitamin B17 dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antaranya, Fanida, 74 tahun. 12 tahun yang lalu, beliau disahkan menghidap kanser payudara. Kemudian, pada tahun 2004, beliau telah didiagnosis pula dengan kanser ovari peringkat keempat dan telah menjalani kimoterapi. Beliau telah diperkenalkan dengan Vitamin B17 dan mengamalkan pemakanannya secara konsisten. Setelah itu, terdapat  perubahan positif yang ketara setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini beliau masih mengamalkan pemakanan Vitamin B17.

Rencana ini disediakan & ditaja oleh: TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES

Wednesday, 31 August 2016

FLOSS PENTING UNTUK KESIHATAN GIGI

Menggosok gigi sahaja belum sempurna jika anda tidak menggunakan floss. Ia sebenarnya MAMPU membersihkan kuman yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa.
Flos adalah satu tindakan membersihkan rongga mulut dengan menggunakan benang. Jika biasanya hanya gosok gigi dan berkumur dengan mouthwash, menggunakan floss adalah rawatan pembersihan rongga mulut khususnya bahagian gigi dengan lebih sengit. Jadi, menggunakan floss dilakukan dengan meletakkan benang di cela setiap gigi kemudian menarik – nariknya.
Jika anda tidak floss gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria membiak setiap detik. Lebih teruk lagi jika seseorang mendapat penyakit gusi hanya kerana memandang remeh kepentingan menggunakan floss.
Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara sebab kualiti hidup seseorang merosot. Perkara sebegitu boleh terjadi hanya kerana anda tidak mengendahkan butir kecil kacang atau palitan karamel dan tofi gula-gula yang kekal terselit di sudut terlindung antara gigi.
1. Mencegah terbentuknya tartar
Yang dimaksudkan dengan tartar adalah timbunan lapisan plak yang keras. Biasanya ini berlaku akibat lapisan plak yang tidak akan dibersihkan. Kerana sudah mengeras inilah, tartar menjadi lebih sukar untuk dilenyapkan. Asal kamu tahu saja, tartar ini juga boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis.
2. Mencegah gigi berlubang
Apa penyebab utama gigi boleh sampai berlubang? Kerana adanya makanan yang masih melekat pada gigi atau terselit di antara gigi. Jika terjadi sebegini, menggunakan floss lebih berkesan daripada gosok gigi untuk membersihkan sisa makanan.
3. Mencegah bau mulut
Tidak hanya menyebabkan gigi berlubang, sisa makanan yang masih berada di kawasan gigi akan membusuk yang kemudian menimbulkan bau tidak enak. Jadi secara tidak langsung, menggunakan floss juga membantu mencegah bau mulut.
4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Bakteria dari mulut boleh merebak ke kawasan lain dari tubuh. Anda ingin menjaga jantung anda sihat dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mempunyai mulut yang sihat. Ketika mikroorganisma yang dijumpai di mulut merebak ke jantung, anda mungkin mengalami komplikasi jantung. Menggunakan floss dapat menyelesaikan masalah ini.
5. Mengurangkan Risiko Diabetes
Jika anda menderita diabetes maka anda boleh merumitkan keadaan kesihatan anda ketika anda mempunyai kebersihan gigi yang buruk. Penyakit gusi akan menyebabkan sistem kekebalan tubuh lemah dan mempunyai penyakit gusi yang berbahaya. 

Thursday, 25 August 2016

Risiko Rabun Jauh di Malaysia – Dr. Azlindarita @ Aisyah Mohd Abdullah

Myopia atau rabun jauh adalah salah satu masalah penglihatan mata yang menjadi epidemik bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Peningkatan yang mendadak, terutamanya di Asia ini menjadikan ia adalah salah satu kebimbangan dalam sektor kesihatan masyarakat awam (public health), terutamanya dari 3 aspek penting. Pertama, peratusan kanak-kanak sekolah yang mengalami rabun jauh di negara-negara maju di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara seperti Singapura, Cina, Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Korea, telah dilaporkan meningkat semenjak 50-60 tahun yang lalu.

Di kawasan bandar, 80 hingga 90 peratus daripada pelajar-pelajar yang tamat sekolah menengah mengalami rabun jauh, dan 10 hingga 20 peratus darinya mengalami rabun jauh yang tinggi. Kedua, WHO mengiktiraf bahawa rabun jauh yang tidak dirawat sepenuhnya (kurang rawatan atau tidak dirawat langsung) mampu menyebabkan seseorang itu mempunyai penglihatan yang tidak sempurna (visual impairment). Ketiga, mereka yang mengalami rabunjauh yang tinggi berisiko mengalami komplikasi yang boleh membawa kebutaan, seperti saraf tertanggal (retinal detachment), yang tidak lagi boleh dirawat dengan kacamata atau kanta lekap.

Genetik atau faktor keturunan sememangnya didapati memainkan peranan penting dalam masalah rabun jauh ini. Faktor genetik ini dapat menjangka sama ada individu itu mendapat rabun jauh pada usia muda tetapi stabil sepanjang usia kanak-kanak, mendapatrabun jauh pada usia muda dan keadaan rabun yang semakin parah apabila usia meningkat, atau mendapat rabun jauh pada usia yang lebih tua. Kajian ini turut menunjukkkan, faktor-faktor persekitaran didapati boleh mempengaruhi pembentukan rabun jauh dalam diri individu- individu , terutamanya bagi mereka yang mempunyai seorang atau dua orang ibu bapa yang rabun jauh. Antara faktorrisiko yang ditekankan adalah jumlah waktu seseorang individu itu berada di dalam rumah (atau bangunan), dan jumlah waktu yang dihabiskan untuk melakukan kerja pada jarak dekat.

Sebuah kajian di Sydney Australia, yang telah memeriksa lebih 4000 orang kanak-kanak selama tiga tahun mendapati, kanak-kanak yang lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah, mengalami kurang risiko mendapat rabun jauh 6. Ada sesetengah penyelidik yang mengkaji, kemungkinan penurunan risiko ini disebabkan oleh kanak-kanak itu banyak melakukan aktiviti fizikal semasa di luar rumah. Tetapi kajian yang melihat kanak-kanak yang bermain aktif di dalam rumah (indoor), tidak mengalami pengurangan risiko rabunjauh. Salah satu kajian yang menyokong fakta ini adalah, kajian yang berkaitan bahan bernama dopamin di dalam retina mata iaitu lapisan saraf di dalam mata. Paras dopamin adalah paling tinggi pada waktu siang (suasana terang), dan rendah pada waktu malam, atau digelar perubahan diurnal. Paras dopamin yang tinggi adalah perlu untuk mengelakkan bola mata memanjang, kerana bola mata yang panjang sudah dikenalpasti sebagai penyebab rabun jauh. Apabila seseorang individu itu terlalu banyak menghabiskan masa di dalam rumah, terutamanya kanak-kanak yang asyik bermain permainan video dan alat peranti canggih, terdapat gangguan dalam paras hormon dopamin ini, dan menyebabkan pertumbuhan bola mata yang tidak terkawal. 7 Faedah berada di luar rumah untuk kesihatan mata ini juga adalah disebabkan cahaya yang terang di luar rumah, kecerahan (chromaticity) cahaya matahari pada waktu siang dan khasiat vitamin D.


Selain dari kurang bermain di luar rumah, penggunaan alat permainan video dan alat peranti yang tidak dikawal juga meningkatkanrisiko rabun jauh kerana jarak fokus antara mata kanak-kanak dan alat-alat tersebut terlalu dekat, seperti yang disahkan dalam kajian ke atas 5052 orang kanak-kanak di Beijing, China. Walaupun membaca buku pada jarak dekat juga memberi impak yang sama kepada mata, kanak-kanak yang membaca selalunya tidak mengambil masa terlalu lama berbanding bermain alat permainan video atau alat peranti. Selain itu, apabila terlalu asyik bermain alat peranti, kanak-kanak juga sukar untuk mengambil waktu rehat daripada permainan tersebut, menyebabkan mata mereka terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan fokus secara berterusan, dan ini adalah satu lagi faktor peningkatan kes-kes rabun jauh di kalangan kanak-kanak. Disarankan bagi setiap 30 hingga 40 minit melakukan kerja yang memerlukan fokus pada jarak dekat, individu-individu patut mengambil masa beberapa minit untuk merehatkan mata, dengan melihat objek pada jarak jauh.

Selain komplikasi rabun jauh akibat banyak melakukan kerja pada jarak dekat seperti menggunakan telefon pintar atau alat peranti, komplikasi lain penggunaan alat peranti yang terlalu lama termasuklah mata kering akibat kurang berkelip, kabur penglihatan jarak dekat dan jauh (accommodation spasm), sukar mendapatkan tidur yang berkualiti, gelisah apabila berjauhan dari alat komunikasi (anxiety), serta sakit bahagian leher (cervicalgia) dan jari jemari (tendinitis) akibat menghabiskan masa yang panjang dengan alat peranti .

Kesimpulannya , untuk mengurangkan risiko rabun jauh di kalangan kanak-kanak, saya menyarankan agar:
  • Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak dibenarkan langsung bermain dengan alat permainan video, telefon pintar, alat peranti dan sebagainya kerana mata mereka sedang berkembang dengan sangat pesat.
  • Hadkan masa penggunaan alat peranti untuk anak-anak, sebaiknya kurang dari sejam sehari.
  • Galakkan anak-anak bermain di luar rumah, bagi mendapatkan pencahayaan yang baik, yang seterusnya mempengaruhi kesihatan mata anak-anak yang sedang berkembang
  • Sekiranya anak-anak terpaksa melakukankan kerja pada jarak dekat dengan lama, contohnya membuat kerja sekolah, ibu bapa perlu memastikan ada waktu rehat bagi mata , iaitu 5 minit bagi setiap 30 hingga 40 minit waktu bekerja.
  • Sekiranya sudah terlanjur memberikan anak-anak bermain dengan alat peranti dengan banyak, dan anak-anak mengadu sakit kepala, sukar untuk melihat atau menunjukkan prestasi yang merosot di sekolah, bawalah anak-anak untuk pemeriksaan mata yang lengkap dengan pakar mata di hospital dan klinik terdekat, secepat mungkin.

Wednesday, 17 August 2016

Panduan Kesihatan Semasa JEREBU

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU / STATUS
0 - 50 / Baik
51 - 100 / Sederhana
101 - 200 / Tidak Sihat
201 - 300 / Sangat Tidak Sihat
301 - 500 / Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA!!

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

Pemakanan yang sihat adalah penting semasa musim berjerebu untuk mempertahankan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai penyakit yang ada kaitan dengan jerebu .

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah.Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak .Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan . Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

  1. Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .
  2. Minum Jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.
  3. Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.
  4. Pengambilan air suam adalah digalakkan berbanding minuman sejuk /berais kerana tubuh badan akan kehilangan haba dengan cepat yang perlu diganti semula.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kehausan dan dehidrasi seperti makanan masin atau bergaram.
  6. Makan pelbagai makanan mengikut keperluan untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
  7. Pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak dan disimpan dalam keadaan yang sesuai sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.
  8. Kekal aktif di tempat yang sesuai ( Dalam bangunan /rumah) tetapi elakkan atau kurangkan aktiviti di luar rumah. Elakkan merokok kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.
  9. Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga. 

Thursday, 11 August 2016

Kanser Payudara

Secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, kanser payudaratelah menyumbang sebanyak 31% kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.

Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2012 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata,kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.


Tanda & Gejala Kanser Payudara
  • Pembentukan gumpalan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang;
  • radang, kulit kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulitdan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal;
  • kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai "peau d'orange";
  • gumpalan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk;
  • kulit payudara kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung;
  • puting akan tenggelam, menjadi merah, bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal; dan
  • apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk,sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura.



    Peringkat Kanser Payudara
    • Peringkat I - merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
    • Peringkat II - merujuk kepada peringkat di mana ukuran tumor adalah di antara 2 hingga 5sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
    • Peringkat III - ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke noduslimfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atautulang dada.
    • Peringkat IV - pula merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

      INFO KANSER PARU-PARU

      Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia apabila lebih 4,000 kes pesakit baru dicatatkan setiap tahun. Pada tahun 2007, secara keseluruhanya kanser paru-paru mencatatkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Namun, dikalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dengan kes sebanyak 15.8%. Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok.

      Punca Kanser Paru-Paru

      Menurut kajian, tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya kanser paru-paru. Kebanyakan pesakit kanser paru-paru adalah terdiri daripada golongan perokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia seperti asbestos, arsenik, kromium dan bahan petroleum juga adalah faktor penyumbang. Faktor terakhir adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan mengandungi lemak tepu yang tinggi.



      Simptom Kanser Paru-Paru
      • Batuk berdarah
      • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
      • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
      • Suara menjadi kasar
      • Badan menjadi lesu dan susut berat badan
      • Sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang